Pengertian Solat
Solat ialah ibadat yang terdiri dari perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir ( Allahu Akbar) dan diakhiri dengan salam (Assalamualaikum)
*Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.
Waktu-waktu solat
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
- Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
- Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
- Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.
- Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.
- Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Syarat wajib solat:
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
- Syarat sah solat
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).
Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.
Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).
Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).
Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat
- Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
- Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
- Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
- Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
- Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
- Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
- Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
- Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
- Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
- Meninggalkan rukun solat.
- Murtad
Rukun Solat
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
- Qalbi (diingat dalam hati)
- Qauli (diucap dengan lidah)
- Fi'li (perbuatan)
- Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
- Niat.[Qalbi]
- Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
- Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
- Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
- Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
- Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
- Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
- Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
- Tertib [Qalbi]
*Nota: tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
Perkara-perkara sunat dalam solat
Perkara-perkara sunat dalam solat
- Sunat Hai'ah
- Sunat Ab'adh
- Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
- Memandang ke atas (mendongak).
- Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
- Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
- Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
- Bercekak pinggang.
- Menyinsingkan kain atau baju.
- Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
- Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
- Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.
- Berpakaian sopan dan menutup aurat.
- Berwuduk.
- Duduk di atas tapak solat yang bersih (seperti diatas tikar sejadah) sambil berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
- Berdiri (bagi mereka yang mampu) dan membaca niat waktu solat.
- Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas (bagi menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat).
- Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Perkara yang boleh dilakukan selepas solat
- Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
- Membaca Al-Quran.
- Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat dariNya.
ustzah.. nak tanya bila waktu yang di haramkan solat?
ReplyDeleteAntaranya selepas waktu solat subuh dan asar
DeleteSemoga kita sentiasa menjaga solat agar diri sentiasa dirahmati Allah
ReplyDeleteJika syarat-syarat solat telah ada pada diri kita, maka wajiblah kita melaksanakannya sepertimana yang diperintahkan oleh Allah
ReplyDelete